Tuesday, May 26, 2026
HomeBERITALee Chong Wei Kini Bawa Gelaran Datuk Seri

Lee Chong Wei Kini Bawa Gelaran Datuk Seri

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada Rabu, menerima kurnia Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ia bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib yang disampaikan sejak tiga hari lalu.

Anak jati Pulau Pinang itu telah mengharumkan nama negara dengan menduduki takhta nombor satu dunia selama 349 minggu, termasuk 199 minggu berturut-turut (2008–2012) dalam sejarah badminton termasuk muncul sebagai atlet Malaysia paling berjaya dalam Sukan Olimpik menerusi tiga pingat perak dalam tiga temasya.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pula menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Selain itu, Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, antara yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa kepada gelaran Datuk.

Sumber – Stadium Astro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES