PARIS: Juara MotoGP dunia, Jorge Martin akan terlepas perlumbaan pertama musim di Thailand hujung minggu ini selepas mengalami kecederaan kerana terjatuh, umum pasukan Aprilia semalam.
Penunggang dari Sepanyol itu, yang sebelum ini mengalami kecederaan apabila dia kemalangan dengan jentera Aprilia ketika latihan pramusim di Sepang, patah di tangan kiri dan tumitnya.
Dia akan menjalani pembedahan di Barcelona hari ini dan “akan terlepas Grand Prix Thailand,” menurut pengeluar dari Itali itu dalam satu kenyataan.
“Tempoh pemulihan akan ditentukan selepas pembedahan,” kata Aprilia.
Kecederaan terbaharu tidak berkait dengan kemalangan di Malaysia pada awal bulan ini apabila dia patah tangan kanan dan kaki selepas terhumban daripada jenteranya di selekoh dua litar Sepang.
Pelumba berusia 27 tahun itu, yang menjalani pembedahan di tangan kanannya, berpindah ke Aprilia selepas memenangi kejuaraan dunia 2024 bersama Pramac Ducati.
Lorenzo Savadori akan menggantikan juara dunia itu di Buriram hujung minggu ini.
Sumber – AFP





