Indonesia Cipta Sejarah Mara Ke Pusingan Ketiga Buat Kali Pertama

1
832
Foto: Harian Metro

Hong Kong: China melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 Asia walaupun tewas 0-1 kepada Korea Selatan, sementara Indonesia juga layak hari ini.

Pemain Paris Saint-Germain, Lee Kang-in, menjaringkan gol kemenangan untuk Korea Selatan yang sudah pun layak lebih awal ke pusingan akhir sebagai juara kumpulan.

Kekalahan itu tidak menjejaskan peluang China kerana Thailand hanya menang 3-1 ke atas Singapura di Bangkok.

Indonesia mencipta sejarah dengan mara ke pusingan ketiga buat kali pertama setelah menewaskan Filipina 2-0 di tempat sendiri.

Indonesia akan menyertai Iraq dari Kumpulan F, dengan Thom Haye dan Rizky Ridho muncul sebagai wira pasukan di Jakarta.

Sementara itu, jurulatih Hajime Moriyasu memberi amaran kepada Jepun bahawa pusingan akhir kelayakan akan sangat berbeza selepas pasukannya membelasah Syria 5-0 di Hiroshima.

Sumber: Harian Metro

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here