Thursday, October 1, 2026
HomeSUKANImej Liga M Terus Tercalar

Imej Liga M Terus Tercalar

PASUKAN Liga Malaysia (Liga M) terus mencipta persepsi ‘negatif’ di pentas antarabangsa apabila dua lagi kelab bertaraf Liga Super dikenakan sekatan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Menerusi semakan di laman sesawang knowledge.fifa.com menunjukkan dua kelab tempatan yang masih aktif bersaing dalam Liga Super musim lepas iaitu Terengganu FC (TFC) dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Skuad Sang Penyu yang sebelum ini dilihat memiliki reputasi ‘bersih’ telah dikenakan sekatan FIFA bermula 14 April 2025 dan tidak boleh mendaftar mana-mana pemain baharu pada tiga jendela perpindahan akan datang.

Sementara itu, skuad Kijang Emas yang sememangnya memiliki isu luar padang sebelum ini telah dikenakan sekatan FIFA sejak 14 Mac 2025 untuk tempoh yang sama seperti TFC.

Bagaimanapun, TFC dalam satu kenyataan mengesahkan pembayaran sudah dilangsaikan kepada individu yang membuat aduan ke atas FIFA, pada bulan lalu.

Selain TFC dan KDN FC, satu lagi kelab yang beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-pro, PT Athletic FC turut tidak dibenarkan mendaftar pemain-pemain baharu sejak 14 Mac lepas.

Ini bukanlah kali pertama kelab tempatan diharamkan menandatangani pemain baharu kerana beberapa pasukan sebelum ini pernah menerima nasib yang sama iaitu Kelantan FC, Melaka United, Sarawak United dan Perlis FA.

Berdasarkan rangka kerja undang-undang FIFA, sekatan pendaftaran adalah salah satu langkah disiplin yang dikenakan kepada pasukan oleh badan undang-undang ataupun Tribunal Bola Sepak FIFA.

Sekatan akan berkuatkuasa sepanjang tempoh dinyatakan dan pasukan-pasukan ini hanya dibenarkan untuk mendaftar pemain baharu selepas tempoh sekatan berakhir atau dibatalkan FIFA lebih awal.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pembantu Jurujual Dituduh Tipu Pakej Umrah Persendirian RM35,736

0
BALIK PULAU - Pembantu jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian membabitkan kerugian...

CATEGORIES