Tuesday, May 26, 2026
HomeSUKANFinal Piala Malaysia Dianjak Ke 26 April

Final Piala Malaysia Dianjak Ke 26 April

PETALING JAYA: Aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dianjak ke 26 April ini, berbanding jadual asal yang sepatutnya dilangsungkan pada 12 April.

Keputusan itu dibuat selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerima permohonan rasmi daripada Sri Pahang dengan persetujuan Harimau Selatan.

“Dengan perubahan ini, MFL juga akan melakukan pindaan jadual baki perlawanan Liga Super musim ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut dalam masa terdekat,” menurut kenyataan rasmi MFL.

Pertembungan final antara JDT dan Sri Pahang FC dijangka sengit, dengan kedua-dua pasukan bersedia memberikan persembahan terbaik bagi merebut trofi berprestij bola sepak negara.

Perubahan ini juga membolehkan penyokong kedua-dua pasukan merancang perjalanan mereka ke ibu negara, selain membantu kelancaran urusan jualan tiket yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan finalis.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES