Thursday, March 12, 2026
HomeSUKANCWC: Guardiola ‘Mengamuk’, Sedia Rombak Pasukan

CWC: Guardiola ‘Mengamuk’, Sedia Rombak Pasukan

ORLANDO – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak menolak kemungkinan bakal merombak pasukan selepas kecewa gagal melangkah ke suku akhir Piala Dunia Kelab selepas tewas kepada Al Hilal 3-4 semalam.

Pada aksi di Stadium Camping World itu, skuad The Citizens diberi tentangan sengit oleh wakil Liga Pro Arab Saudi sehingga menyaksikan saingan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit.

Menurut Guardiola, kekalahan tersebut diharap membuka mata pihak pengurusan bahawa pasukannya masih belum sempurna dan perlu menjalani persiapan lebih rapi sebelum mengharungi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan depan.

“Sekarang kami memiliki skuad yang besar dan kemungkinan kami akan membuat rombakan besar-besaran.

“Sudah tentu kami kecewa dengan keputusan ini tetapi pemain sudah cuba yang terbaik dan pujian wajar diberikan kepada Al Hilal. Sekarang pasukan perlu berehat dahulu sebelum mulakan kempen pramusim tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, kapten City, Bernardo Silva mengakui kecewa apabila pasukan tersingkir awal pada kejohanan berprestij itu sekali gus menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang trofi.

“Kami berjaya jaringkan tiga gol dan sepatutnya boleh meledak lima atau enam gol lagi. Namun, pasukan lawan juga agak berkualiti dan kami pula kehilangan fokus pada detik yang penting,” katanya.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES