Thursday, March 12, 2026
HomeHIBURANBersyukur Terima PJB, Fasha Tak Termimpi Gelaran Datuk

Bersyukur Terima PJB, Fasha Tak Termimpi Gelaran Datuk

PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha, 41, mendakwa tidak pernah mengimpikan gelaran ‘Datuk’ selepas menerima Pingat Jasa Baik (PJB) daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis, baru-baru ini.

Fasha berkata, status ‘Datuk’ terlalu berat untuk dipikul, malah, dia tidak pernah memikirkan soal pangkat dan gelaran.

Fasha yang membintangi drama Rampas Cintaku itu berkata, anugerah PJB menyuntik semangat untuk menjadi insan lebih baik, selain mahu lebih aktif di Perlis.

“Walaupun dilahirkan di Johor Bharu , saya membesar di Perlis. Namun, saya tidak pasti kenapa anugerah ini (PJB) diberi kepada saya.

“Mungkin kerana saya kerap berkongsi mengenai keindahan Perlis dalam media sosial.

“Kalau hendak dikatakan anugerah ini diberi kerana pencapaian saya dalam bidang seni, saya tidak berani komen kerana takut dituduh riak,” katanya ditemui pada majlia tayangan filem Citra Apartment terbitan Laku Pictures di sini, malam tadi.

Fasha berkata, PJB yang diterima tidak membuatkan diri terbeban, sebaliknya, dihargai.

Namun, Fasha berkata, dia belum layak diangkat sebagai ikon kerana lebih ramai yang layak.

“Syukur rezeki yang tidak disangka. Saya anggap rezeki perkahwinan dan anak-anak. Saya masih banyak kelemahan berbanding kelebihan,” katanya.

Sumber – Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES