Sunday, September 20, 2026
HomeSUKANArif Aiman Mahu Kekal Bersaing Dan Tingkatkan Kualiti Permainan

Arif Aiman Mahu Kekal Bersaing Dan Tingkatkan Kualiti Permainan

Ramai pemain warisan gred A menyaksikan kuota anak tempatan untuk berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya seakan tergugat hingga mencetuskan pelbagai andaian daripada peminat-peminat tempatan.

Walaupun pemain warisan berjaya meningkatkan mutu permainan skuad negara, namun perkembangan semasa seperti menghadirkan rasa resah terhadap kualiti sebenar ada pada bakat-bakat tempatan.

Sejak kebelakangan ini, hanya Arif Aiman Hanapi dan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi kekal konsisten berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya dan juga skuad lima bintang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bagaimanapun, Arif Aiman yang juga Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia empat kali berturut-turut, akhirnya ‘membuka mulut’ berkongsi rahsia di sebalik kejayaannya mengekalkan tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya dan JDT.

Pemain sayap lincah berusia 23 tahun itu merasakan kehadiran bintang warisan tidak pernah menutup ruang anak-anak tempatan, namun segalanya berkisar kepada kemahuan individu, sama ada mahu kekal kompetitif bersaing atau pun sebaliknya.

“Bagi saya, semuanya tentang apa yang kita set (tetapkan) dalam minda kerana itu amat penting. Tidak kisahlah kehadiran pemain warisan, kita adalah satu bendera yang sama.

“Cuma kehadiran pemain warisan memberi bantuan kepada pasukan  Harimau Malaya sangat baik daripada masa ke semasa. Macam saya cakaplah, kita akan boleh pergi jauh di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

AirAsia Terus Kukuh, Fokus Kepada Pertumbuhan Dan Strategi Jangka Panjang

0
BANGKOK, 18 September 2026 – AirAsia Group Berhad (dahulunya dikenali sebagai AirAsia X Berhad) (“AirAsia” atau “Kumpulan”) hari ini menegaskan pendekatannya yang fokus, berdisiplin...

CATEGORIES