Sunday, May 17, 2026
HomePOLITIKNegara Jadi Pemangkin Rundingan Damai Kemboja–Thailand

Negara Jadi Pemangkin Rundingan Damai Kemboja–Thailand

Kuala Lumpur: Usaha ke arah perdamaian di Asia Tenggara menunjukkan perkembangan positif apabila Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Umum antara Kemboja dan Thailand menandakan satu langkah awal konstruktif dalam pelaksanaan gencatan senjata antara kedua-dua negara.

Amerika Syarikat menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif itu dan menyifatkan mesyuarat tersebut sebagai titik tolak penting dalam usaha menjamin keselamatan dan kestabilan serantau.

Presiden Donald Trump dan Setiausaha Negara, Marco Rubio, dalam kenyataan bersama, menyeru kedua-dua negara agar terus komited terhadap perjanjian dicapai dan maju dalam membina keamanan mampan.

Pada masa sama, Amerika Syarikat turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas peranan penting beliau dalam menjayakan proses itu.

“Kami mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Anwar dalam memudahkan perbincangan antara Kemboja dan Thailand, serta atas kesediaan beliau menjadi tuan rumah bersama Mesyuarat Khas penting bersama Amerika Syarikat pada 28 Julai lalu,” kata kenyataan itu.

Mesyuarat berkenaan berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini. 

Malaysia terus menunjukkan komitmen sebagai rakan strategik serantau aktif dalam mendukung diplomasi dan penyelesaian secara aman terhadap konflik serantau, selaras dengan aspirasi ASEAN untuk keamanan berkekalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sindiket Scam Antarabangsa Tumpas, Rampasan RM57.68 Juta

0
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa yang beroperasi di kondominium mewah sekitar Lembah Klang dengan penahanan 187...

CATEGORIES