Sunday, May 17, 2026
HomePOLITIKMesyuarat Jawatankuasa Sempadan Umum Disambut Baik AS

Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Umum Disambut Baik AS

Kuala Lumpur: Amerika Syarikat menyambut baik penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Umum berlangsung baru-baru ini. 

Mesyuarat itu dilihat sebagai langkah positif dalam usaha meredakan ketegangan dan memperkukuh pelaksanaan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bersama Setiausaha Negara, Marco Rubio, menyeru kedua-dua kerajaan agar terus komited dalam menghormati perjanjian dimeterai serta berusaha mencapai penyelesaian damai berkekalan di rantau tersebut.

Dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Negara, Amerika Syarikat turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kepimpinan beliau dalam memainkan peranan penting sebagai fasilitator kepada rundingan ini.

“Kami memuji Datuk Seri Anwar Ibrahim atas usahanya berterusan dalam memastikan proses damai ini berjalan lancar. 

“Kami juga memuji kesediaan Malaysia menjadi tuan rumah bersama Mesyuarat Khas diadakan pada 28 Julai lalu bersama Amerika Syarikat,” menurut kenyataan tersebut.

Mesyuarat ini dianggap sebagai satu perkembangan penting ke arah memperkukuh kerjasama serantau dan kestabilan di Asia Tenggara, selaras dengan komitmen bersama negara-negara ASEAN dan rakan antarabangsa dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sindiket Scam Antarabangsa Tumpas, Rampasan RM57.68 Juta

0
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa yang beroperasi di kondominium mewah sekitar Lembah Klang dengan penahanan 187...

CATEGORIES