Tuesday, August 11, 2026
HomeLUAR NEGARATrump Sifatkan Tarif Baharu Sebagai 'Ubat'

Trump Sifatkan Tarif Baharu Sebagai ‘Ubat’

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata kerajaan asing perlu membayar ‘banyak wang’ untuk menarik balik tarif yang beliau sifatkan sebagai ‘ubat’ yang menyebabkan kemerosotan lanjut dalam pasaran kewangan global.

Bercakap kepada wartawan sebelum menaiki pesawat Air Force One, Trump menyatakan bahawa beliau tidak bimbang mengenai kerugian pasaran yang sudah mencecah trilion dolar nilai daripada pasaran saham seluruh dunia.

“Saya tidak mahu ada apa-apa kemerosotan. Tapi kadang-kadang anda perlu ambil ubat untuk membaiki sesuatu,” katanya.

Trump memaklumkan sudah berhubung dengan pemimpin dari Eropah dan Asia minggu lalu, yang berharap dapat meyakinkan beliau untuk menurunkan tarif sebanyak 50 peratus, yang dijadua berkuat kuasa minggu ini.

“Mereka datang ke meja rundingan. Mereka mahu berbincang tetapi tiada perbincangan melainkan mereka bayar kita banyak wang setiap tahun,” kata Trump.

Pengumuman tarif Trump minggu lalu mengejutkan ekonomi di seluruh dunia, mencetuskan tindakan balas dari China dan menimbulkan kebimbangan terhadap perang perdagangan global dan kemelesetan ekonomi.

Dalam rancangan bual bicara pagi Ahad, penasihat ekonomi utama Trump cuba menggambarkan tarif itu sebagai langkah bijak untuk menempatkan semula AS dalam susunan perdagangan global.

Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent berkata, lebih daripada 50 negara sudah memulakan rundingan dengan AS sejak pengumuman pada Rabu lalu.

“Beliau telah mencipta pengaruh besar untuk dirinya,” kata Bessent dalam rancangan ‘Meet the Press’ di NBC News.

Bessent dan pegawai lain tidak menamakan negara-negara terbabit atau memberikan butiran mengenai perbincangan itu.

Ahli ekonomi JPMorgan kini menganggarkan bahawa tarif itu akan menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS merosot sebanyak 0.3 peratus bagi tahun penuh, turun daripada anggaran pertumbuhan 1.3 peratus sebelum ini dan kadar pengangguran akan meningkat kepada 5.3 peratus daripada 4.2 peratus sekarang.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tidak Boleh Bersalin Secara Normal, Kedudukan Bayi Tidak Mengizinkan Untuk VBAC’

0
PETALING JAYA: Pelakon, Datin Intan Najuwa, mendedahkan hasratnya untuk melahirkan anak secara normal tidak kesampaian disebabkan kedudukan bayinya yang tidak mengizinkan. Intan atau Intan Najuwa...

CATEGORIES