Friday, April 18, 2025
HomeLUAR NEGARATidak Boleh Merokok Di Pantai Perancis

Tidak Boleh Merokok Di Pantai Perancis

PARIS – Perancis akan mengharamkan aktiviti merokok di semua kawasan pantai dan taman awam dalam usaha kerajaan untuk mencegah 75,000 kematian berkaitan tembakau pada setiap tahun, lapor saluran berita CNN kelmarin.

Menteri Kesihatan, Aurelien Rousseau berkata, selain kawasan pantai dan taman awam, hutan dan beberapa ruang awam lain termasuk berhampiran sekolah akan turut dikenakan larangan itu tidak lama lagi.

Rousseau tidak memberikan jangka masa tepat bagi penguatkuasaan undang-undang tersebut. Namun, ketika bercakap kepada stesen televisyen BFMTV, beliau membayangkan bahawa orang ramai berdepan bayaran denda jika merokok di kawasan-kawasan berkenaan seawal-awalnya tahun depan.

Beliau juga mengumumkan kenaikan harga rokok secara beransur-ansur dengan menyatakan bahawa sekotak rokok akan dijual pada harga €12 (RM61.35) pada 2025 dan €13 (RM66.46) menjelang 2027.

Harga runcit semasa sekotak rokok di Perancis ketika ini mencecah €11 (RM56.20).

“Matlamat kami menerusi rancangan ini adalah untuk berhenti meremehkan (perbuatan) merokok.

“Aspek keseronokan dan mengisi masa lapang dengan merokok perlu ditinggalkan. Seramai 200 kematian berkaitan tembakau yang boleh dicegah setiap hari adalah jumlah yang tidak sepatutnya kita biasakan,” kata Rousseau.

Pada September lalu, Perancis mengumumkan bahawa ia akan mengharamkan e-rokok pakai buang di negara itu.

Sumber: Kosmo

4 COMMENTS

  1. You have made some really good points there. I looked on the internet to find out more about the issue and found most individuals will go along with your views on this site.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kahwin Wanita Tempatan, Peniaga Warga Asing Raih RM55,000 Sebulan

0
KUALA LUMPUR – Kegiatan seorang peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan runcit dan restoran dengan menggajikan tiga warga asing tanpa permit sah terbongkar dalam...

CATEGORIES