Sunday, June 15, 2025
HomeLUAR NEGARA'Rider' Terbang Ke Singapura Hantar Nasi Ayam

‘Rider’ Terbang Ke Singapura Hantar Nasi Ayam

BANGKOK – Seorang penghantar makanan diterbangkan ke Singapura semata-mata untuk membeli nasi ayam yang ditempah oleh pembeli di Thailand, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Rakaman kejadian tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna di platform TikTok menerusi akaun @thita.vy.

Berdasarkan Kosmo, video tersebut menunjukkan penghantar makanan yang lengkap beruniform dan membawa beg syarikat penghantaran bersiap sedia untuk berlepas di sebuah lapangan terbang yang tidak dinyatakan di Thailand.

Perakam video yang menaiki penerbangan sama dengan penghantar makanan tersebut pada awalnya menyangka seseorang telah memesan makanan di lapangan terbang.lse

Dia kemudian terkejut apabila mendapati penghantar makanan itu diupah untuk membeli nasi ayam di Singapura.

Penghantar makanan tersebut ketika ditanya mengesahkan perkara tersebut, membuatkan wanita berkenaan mendapat idea bahawa dia akan melakukan perkara serupa sekiranya teringin untuk menikmati teh susu bubble dari Taiwan.

Video yang dimuat naik itu tular dan menjadi perdebatan pengguna lain dengan ada yang mengesyaki bahawa kejadian itu adalah semata-mata kandungan yang dihasilkan.

Namun, ada juga pengguna yang menegaskan bahawa terdapat sebilangan orang sanggup melakukan apa-apa sahaja semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Nahas Air India: ‘Saya Tidak Tahu Bagaimana Boleh Terselamat’

0
NEW DELHI – Seorang lelaki Britain menjadi individu tunggal terselamat dalam nahas penerbangan Air India membawa 242 orang yang terhempas sejurus selepas berlepas di...

CATEGORIES