Wednesday, April 29, 2026
HomeLUAR NEGARALelaki Terjun Ke Dalam Kolam Tugu Peringatan Tragedi 9/11 Ditahan

Lelaki Terjun Ke Dalam Kolam Tugu Peringatan Tragedi 9/11 Ditahan

NEW YORK: Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan selepas melompat ke dalam sebuah kawasan kolam air di Tugu Peringatan Tragedi 11 September di New York.

Lapor The Independent, Jabatan Polis New York (NYPD) memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang (waktu tempatan) pada Isnin lalu. 

Kata NYPD, lelaki itu melompat ke dalam North Pool yang terletak di bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Jelas polis, pasukan kecemasan bertindak menyelamatkan lelaki itu dan membawanya ke Hospital Bellevue untuk mendapatkan rawatan. 

Menurut Utusan, lelaki itu mengalami kecederaan di kakinya dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut NYPD, lelaki itu didakwa atas kesalahan jenayah dan menceroboh tanpa kebenaran.

Jelasnya, siasatan kejadian itu masih sedang berlangsung.

Beberapa rakaman video yang disiarkan di media sosial menunjukkan lelaki itu sedang berjalan ke arah bahagian tengah kolam air tugu peringatan itu sebelum melompat ke kawasan sedalam 9.14 meter.

Susulan kejadian itu, polis mengepung kawasan sekeliling Memorial Menara Utara  bagi menghalang orang lain memasuki tapak tugu peringatan itu, lapor Utusan.

Setakat ini, motif di sebalik perbuatan lelaki itu masih belum diketahui.

Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Pelabuhan, lelaki itu dipercayai mengalami masalah gangguan emosi. 

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Aliff Syukri Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Kadir Sheikh Fadzir

0
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman diperintah membayar RM250,000 kepada veteran politik, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung fitnah...

CATEGORIES