Monday, March 16, 2026
HomeLUAR NEGARAIsrael Rasa Tertekan, Satu Dunia Gesa Hentikan Perang

Israel Rasa Tertekan, Satu Dunia Gesa Hentikan Perang

ANKARA: Menteri Luar Israel mengakui tekanan antarabangsa terhadap Israel akan meningkat dalam tempoh dua atau tiga minggu berikutan serangannya ke atas Gaza.

Menurut akhbar Jerusalem Post yang dilaporkan Agensi Anadolu, Eli Cohen dalam sidang media berkata, Israel hanya mempunyai dua atau tiga minggu sebelum ia kalah dalam pertempuran diplomatik di pentas antarabangsa untuk menghentikan perang ke atas Gaza.

“Dari sudut diplomatik, kami menyedari bahawa tekanan telah mula ditanggung ke atas Israel. Tekanan tidak begitu tinggi (sekarang), tetapi ia semakin meningkat,” kata Cohen.

Bagaimanapun, beliau berkata operasi ketenteraan Israel di Gaza tidak akan berhenti sehingga kumpulan Palestin Hamas dihapuskan dan tawanan yang ditahan di Gaza dibebaskan, lapor Utusan.

Sehingga kini lapan negara mengambil langkah diplomatik terhadap Israel, termasuk memanggil balik duta mereka dari Tel Aviv, katanya.

Negara-negara berkenaan ialah Bolivia, Chad, Chile, Columbia, Honduras, Jordan, Turkiye dan Afrika Selatan, menurut The Jerusalem Post.

Menurut Utusan, diplomat tertinggi Israel itu juga berkata kementeriannya bimbang 13 hingga 14 lagi negara boleh mengambil sikap serupa.

“Kami berhubung rapat dengan negara-negara tersebut untuk mengelakkan kerosakan kepada hubungan kami dengan mereka,” katanya.

Ketika serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza memasuki hari ke-38, sekurang-kurangnya 11,180 rakyat Palestin telah terbunuh, termasuk lebih 7,700 kanak-kanak dan wanita, dan lebih 28,200 yang lain telah cedera, menurut angka terkini daripada pihak berkuasa Palestin.

Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid dan gereja, juga telah rosak atau musnah dalam serangan udara dan darat yang tidak henti-henti Israel ke atas kawasan yang dikepung sejak bulan lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konflik Di Asia Barat Semakin Tegang, Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

0
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di...

CATEGORIES