Monday, February 9, 2026
HomeLUAR NEGARAIndonesia Negara Pertama Sekat Grok Susulan Risiko Deepfake Pornografi

Indonesia Negara Pertama Sekat Grok Susulan Risiko Deepfake Pornografi

JAKARTA – Indonesia melaksanakan sekatan sementara terhadap ‘chatbot’ Grok ekoran risiko kandungan lucah janaan kepintaran buatan (AI), menjadikannya negara pertama menafikan akses kepada platform tersebut, lapor akhbar Independent semalam.

Langkah itu diambil selepas kerajaan dan pengawal selia dari Eropah hingga  Asia mengecam platform tersebut, malah sesetengah pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan terhadap kandungan seksual dalam aplikasi tersebut.

Syarikat pengendali Grok, xAI berkata, pihaknya mengehadkan penjanaan dan penyuntingan imej kepada pelanggan berbayar.

XAI ketika ini cuba membetulkan kelemahan perlindungan yang membenarkan pengeluaran  berunsur seksual termasuk gambar kanak-kanak berpakaian mencolok mata.

“Kami melihat amalan ‘deepfake’ seksual tanpa persetujuan sebagai pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia, maruah dan keselamatan rakyat dalam ruang digital,” kata Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Hafid dalam satu kenyataan.

Kementerian itu juga telah memanggil pegawai-pegawai daripada aplikasi X untuk membincangkan perkara tersebut.

Indonesia yang mempunyai populasi penduduk beragama Islam terbesar dunia, mempunyai peraturan ketat  melarang perkongsian kandungan dianggap lucah secara online.

Sementara itu, bilionair dan pengasas xAI, Elon Musk berkata, individu yang menggunakan Grok untuk menghasilkan kandungan haram akan berdepan  akibat sama seperti mereka  memuat naik kandungan haram.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Miskin Tetapi Kahwin, Itu Jenayah Terbesar Kaum Lelaki’

0
JANGAN terkejut dengan sokongan pelakon Aedy Ashraf terhadap pandangan seorang netizen mengenai keupayaan seorang lelaki sebelum mendirikan rumah tangga. Pelakon berdua 32 tahun itu bersetuju...

CATEGORIES