Monday, November 9, 2026
HomeLUAR NEGARAHakim ‘Paling Baik Di Dunia’, Frank Caprio Meninggal Dunia Akibat Kanser

Hakim ‘Paling Baik Di Dunia’, Frank Caprio Meninggal Dunia Akibat Kanser

WASHINGTON – Seorang hakim yang digelar ‘hakim paling baik di dunia’, Frank Caprio meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat kanser pankreas, lapor portal berita Sky News semalam.

Caprio berkhidmat di sebuah mahkamah perbandaran di Providence, negeri Rhode Island selama hampir empat dekad.

Berita itu diumumkan menerusi hantaran di platform Instagram miliknya yang menyatakan bahawa mendiang menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan kanser pankreas.

Caprio digelar ‘hakim paling baik di dunia’ selepas beberapa video tular memaparkan sifat belas kasihan, rendah diri dan keyakinan beliau dalam mengendalikan pelbagai kes di mahkamah.

Gabenor Rhode Island, Dan McKee menyifatkan beliau sebagai seorang ahli-undang-undang yang dekat dengan rakyat dan simbol empati di mahkamah kerana menunjukkan keadilan ditegakkan dengan sifat kemanusiaan.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES