Wednesday, June 18, 2025
HomeLUAR NEGARAGreece Laksanakan Langkah Kawal Wabak 'Sheep Dan 'Goat Pox'

Greece Laksanakan Langkah Kawal Wabak ‘Sheep Dan ‘Goat Pox’

ATHENS – Greece akan melaksanakan siri langkah mengawal penularan wabak ‘sheep dan goat pox’ selepas penyakit itu menular di beberapa kawasan di negara itu, menurut pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pembangunan Pertanian dan Makanan Greece pada Selasa.

Sejumlah 17,500 haiwan ditakai selepas pengesahan kes di 104 ladang di seluruh negara, lapor Xinhua memetik siaran media oleh kementerian itu.

Sebagai langkah pencegahan, larangan memindahkan kambing dan biri-biri dikuatkuasakan selama 10 hari sementara para pakar cuba mengesan punca penyakit berjangkit, menurut kementerian.

Rumah penyembelihan akan ditutup selama 10 hari, dan pakar akan menjalankan ujian di zon pemantauan sekitar ladang yang dikenal pasti.

Kementerian turut menyokong penternak haiwan yang terjejas dengan memberi bantuan kewangan antara 150 hingga 500 euro (kira-kira AS$162.5 hingga AS$540.16) untuk setiap haiwan yang ditakai.

Sumber – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES