Thursday, March 12, 2026
HomeBERITAWanita Tular Pecahkan Cermin Dengan Batu Bata Tidak Puas Hati Kereta Ditarik

Wanita Tular Pecahkan Cermin Dengan Batu Bata Tidak Puas Hati Kereta Ditarik

SHAH ALAM – Tular sebuah video di laman Facebook memaparkan seorang wanita bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan batu bata.

Menerusi video berdurasi satu minit dan tiga saat itu, difahamkan wanita tersebut bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kerana ada pihak cuba menarik keretanya.

Wanita berkenaan merosakkan bahagian kereta itu kerana ia merupakan hasil daripada duit peluh pemilik selama ini membuat kemasan pada kereta terbabit.

Difahamkan juga, kereta itu pada awalnya sudah dicangkuk untuk diangkut lori penunda, namun wanita tersebut menghidupkan enjin dan menurunkan kereta itu sehingga ada kerosakan pada trak penunda

Kereta tersebut juga dipercayai sudah lapan bulan tidak dibayar kepada bank berkenaan.

Hantaran video itu mendapat pelbagai reaksi warga maya, ada yang mengatakan tindakan itu hanya sia-sia kerana ia akan membuatkan kereta tersebut tidak dapat dilelong dengan harga sepatutnya bagi membantu dia mengurangkan bebanan hutang bank.

Ada yang mengatakan wanita tersebut akan disenarai hitam untuk selamanya dan berpendapat dia akan kerugian kerana akan menanggung kos besar pada kemudian hari.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES