Wednesday, March 11, 2026
HomeLUAR NEGARADibunuh Dengan Kejam, Dekan Universiti Islam Gaza Terkorban Dalam Keganasan Zionis

Dibunuh Dengan Kejam, Dekan Universiti Islam Gaza Terkorban Dalam Keganasan Zionis

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Gaza, Dr. Tayseer Ibrahim merupakan antara mangsa terkorban dalam serangan rejim Zionis Israel.

Menurut Utusan Malaysia, perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran Facebook beliau sebentar tadi.

Katanya, Tayseer didakwa telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Zionis Israel

“Pagi ini menerima perkhabaran duka apabila seorang lagi alumni universiti Islam di Malaysia terkorban syahid akibat dibunuh dengan kejam oleh rejim kolonial pengganas Zionis Israel.

“Moga Allah kurniakan syurga jannah tanpa hisab kepada as-Syahid Dr Tayseer Ibrahim, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Gaza,” katanya.

Asyraf Wajdi kemudian mengajak semua masyarakat agar tidak berhenti mendoakan saudara-saudara Islam kita di Palestin.

Sebelum ini, pasangan suami isteri yang juga siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama empat anak mereka, terkorban akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, pada minggu ini.

USIM dalam kenyataan pada Isnin berkata Mohammed J. H. Alzaanin yang merupakan calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud M. H. Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains (Mod Penyelidikan), Fakulti Sains dan Teknologi USIM, terkorban dalam serangan bom di perkampungan mereka di Bait Hanon kira-kira pukul 8 pagi, lapor Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lagu Raya, Kena Ikut Peredaran Zaman, Trend Semasa’ – AC...

0
KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika...

CATEGORIES