Monday, April 27, 2026
HomeLUAR NEGARACoV-HMU-1, 8 Virus Ditemui Di China

CoV-HMU-1, 8 Virus Ditemui Di China

BEIJING – Sepasukan saintis di China menemui lapan virus baharu di sebuah pulau wilayahnya yang dibimbangi berisiko menjangkiti manusia, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Penyelidik menjalankan kajian dengan mengambil 700 sampel tikus di Pulau Hainan antara 2017 hingga 2021 bagi mempersiapkan dunia untuk berdepan satu lagi kebarangkalian pandemik selepas Covid-19. 

Daripada sampel yang dianalisis, mereka menemui lapan virus baharu dengan salah satunya adalah daripada kumpulan yang sama dengan koronavirus dinamakan CoV-HMU-1.

Patogen lain yang ditemui adalah dua pestivirus iaitu punca demam kuning dan denggi, selain astovirus yang menjadi punca jangkitan gastroenteritis (radang perut dan usus).

Turut ditemui adalah sepasang parvovirus yang menjadi punca selesema dan dua papillomavirus iaitu punca ketuat alat kelamin dan kanser.

Patogen-patogen tersebut mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjangkiti manusia.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Virologica Sinica, manakala pengarangnya, Dr. Shi Zhengli ialah saintis yang bertugas di Institut Virologi Wuhan, lokasi di mana koronavirus didakwa ditemui. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Meta Buang 8,000 Pekerja Bulan Depan

0
WASHINGTON  – Meta merancang mengurangkan kira-kira 10 peratus kakitangannya pada bulan depan selepas syarikat tersebut meningkatkan perbelanjaan pada projek kecerdasan buatan (AI), lapor Perbadanan...

CATEGORIES