Wednesday, November 4, 2026
HomeLUAR NEGARABali Isytihar Darurat Kemarau

Bali Isytihar Darurat Kemarau

JAKARTA – Pemerintah wilayah pulau peranginan Bali, Indonesia mengisytiharkan darurat kecemasan selama 14 hari bermula Khamis lalu selepas bencana kemarau menjadi semakin buruk, lapor akhbar The Strait Times kelmarin.

“Kami memutuskan untuk menetapkan status kesiapsiagaan bencana (darurat) selama 14 hari mulai hari ini (Khamis),” kata pemangku Gabenor Bali, Sang Made Mahendra di pejabatnya di Bali.

Menurutnya, cuaca ekstrem yang melanda Bali dari Julai hingga Oktober 2023, mengakibatkan sebanyak 113 kampung mengalami krisis air selain kebakaran tanah berlaku di 10 kawasan termasuk ibu negeri wilayah Bali, Denpasar.

“Kami akan berusaha untuk memadamkan kebakaran yang masih marak ketika ini termasuk memberi bantuan ke kawasan yang mengalami kemarau dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk mengubah suai cuaca (pembenihan awan).

“Jika tidak dapat mengendalikannya dengan betul, kami khuatir kesannya akan merebak lebih luas,” kata Mahendra.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

30 Penjaja Raih Jualan RM207,000 Tanpa Sewa Tapak Di MotoGP

0
SEPANG, 3 Nov – Peluang berniaga di acara sukan bertaraf antarabangsa tanpa perlu menanggung kos sewa tapak membuahkan hasil apabila 30 penjaja tempatan berjaya...

CATEGORIES