Monday, August 10, 2026
HomeLUAR NEGARA5 Maut Dalam Berbilang Insiden Bunga Api Di Jerman

5 Maut Dalam Berbilang Insiden Bunga Api Di Jerman

BERLIN – Lima orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh kakitangan kecemasan cedera apabila beberapa insiden melibatkan bunga api mencemari sambutan ambang tahun baharu di Jerman, lapor saluran berita CNN.

Antara yang terbunuh ialah dua orang di negeri Saxony, lapor penyiar tempatan, MDR. Ia termasuk seorang lelaki berusia 45 tahun yang terbunuh selepas mengendalikan apa yang disifatkan sebagai ‘bom bunga api’.

Anggota bomba dan kakitangan perkhidmatan kecemasan lain turut menjadi sasaran bunga api semasa perayaan semalaman pada kelmarin hingga semalam, kata pihak berkuasa.

Di ibu negara, Berlin, anggota bomba bertindak balas terhadap 1,892 insiden pada malam tahun baharu, 294 lebih  banyak berbanding tahun sebelumnya, demikian menurut kenyataan jabatan bomba bandar itu.

“Sekurang-kurangnya 13 serangan ke atas pekerja kecemasan dilaporkan,” kata kenyataan itu.

Menurut jurucakap polis Berlin, Florian Nath, 330 orang telah ditahan di ibu negara pada malam tahun baharu.

Katanya, seorang pegawai polis cedera parah, berkemungkinan akibat terkena bunga api yang dinyalakan secara haram. Dia dilaporkan menjalani pembedahan di hospital.

“Beberapa orang yang berdiri di sekitar tempat kejadian menyerang pegawai polis dan ia adalah salah satu kejadian terburuk malam ini,” tambahnya.

Sementara itu, Jabatan Bomba Munich berkata, bunga api turut mencetuskan kebakaran pada balkoni besar di tingkat satu sebuah bangunan pangsapuri.

Kebakaran kemudian merebak ke sebuah apartmen di tingkat dua, demikian menurut kenyataan jabatan tersebut.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Intan Najuwa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua, Pilih Nama Imane Laudya

0
PETALING JAYA – Selamat melahirkan cahaya mata kedua semalam, pelakon Datin Intan Najuwa menamakan puterinya itu Imane Laudya. Berita gembira tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran...

CATEGORIES