Monday, July 14, 2025
HomeHIBURANZahirah Macwilson Disifatkan Sebagai 'Wanita Mahal', Kekal Tenang Walau Dihina

Zahirah Macwilson Disifatkan Sebagai ‘Wanita Mahal’, Kekal Tenang Walau Dihina

PETALING JAYA – MESKI terus diprovokasi pelakon Fatiya Latiff, aktres jelita Zahirah Macwilson kekal tenang mengunci mulut daripada melayan satu persatu serangan terhadapnya.

Tindakan bijak Zahirah, 29, itu sekali gus meraih pujian netizen yang menyifatkan dirinya sebagai wanita ‘mahal’ apabila tidak cepat melenting.

“Jadilah seperti Zahirah Macwilson yang tidak peduli apa orang cakap dan gembira dengan kehidupan sendiri,” kata netizen.

“Yang masih anggun dan classy (ada kelas) ialah Zahirah Macwilson. Hantaran IGStory terkini pun berkenaan suami sahaja,” ujar pengikut.

“’What a queen’ (bagaikan seorang permaisuri). Tidak hiraukan langsung kata-kata Fatiya,” tutur peminat lain.

Keadaan semakin panas hari ini apabila Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, memuat naik foto bersama bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza, yang kini sudah bergelar suami Zahirah.

Bukan hanya itu, dia turut memaparkan keratan akhbar temu bual Aiman yang memaklumkan masih menyayangi Fatiya selepas setahun mereka berpisah.

Berdasarkan Kosmo, sejak 8 Januari lalu, pelakon drama Ariana Rose itu mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bibir.

Fatiya sebelum ini pernah bercinta dengan Aiman namun hubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Cucunda Penyambung Zuriat, Insya-Allah Bertemu di Syurga’

0
PETALING JAYA – Sempena bulan kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan kerinduan serta kasih sayang yang tidak pernah...

CATEGORIES