Saturday, May 30, 2026
HomeHIBURANUmur 20 Tahun, Pendapatan Cik B Setengah Juta Sebulan

Umur 20 Tahun, Pendapatan Cik B Setengah Juta Sebulan

PETALING JAYA – Tanpa berselindung, pempengaruh dan penyanyi Cik B mendedahkan mampu meraih pendapatan hampir RM1 juta setiap bulan.

Bagaimanapun, Cik B atau nama asalnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, enggan memberikan jumlah tepat hasil titik peluh yang diperoleh menerusi jualan produk keluarannya sendiri.

“Pendapatan saya sebulan lebih RM500,00. Tapi saya tak boleh beritahu berapa jumlah sebenar,” katanya dalam sebuah audio siar.

Berkongsi lanjut, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida itu menasihati golongan muda untuk kekal berdisiplin dalam setiap pekerjaaan.

“Perlu sentiasa ‘push’ (paksa) diri kita untuk bekerja walaupun kita tidak suka perkara itu. Cari minat masing-masing.

“Apabila sudah tahu minat, kita akan jadi lebih bersemangat untuk melakukan perkara tersebut,” ujarnya.

Pada masa sama, Cik B turut mengulas faktor utama sikap negatif sesetengah individu terutama golongan muda yang malas bekerja.

“Saya rasa banyak faktor termasuk masalah kesihatan mental. Tetapi tidak boleh nak salahkan benda itu seratus peratus.

“Mungkin ada yang malas disebabkan cara hidup mereka.

“Mungkin mereka sudah selesa dengan kehidupan sedia ada,” ujarnya.

Sebelum ini, Vida pernah mendedahkan jumlah perbelanjaan Cik B yang pernah mencecah RM1 juta satu bulan pada 2023.

Cik B juga mampu memiliki kereta idaman Mercedes Benz G63 Brabus yang berharga RM1.79 juta pada ulang tahunnya yang ke-19.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES