Sunday, June 14, 2026
HomeHIBURANTudung Isteri Nabil Terbang?

Tudung Isteri Nabil Terbang?

Seronok tengok gambar dan video percutian pelawak dan pengacara Nabil Ahmad bersama isterinya Zira yang ‘pusing’ satu London.

Difahamkan, pasangan yang ‘terbang’ ke sana sejak minggu lalu itu sempat mengikuti perlawanan bola sepak antara Newcastle dengan Chelsea.

Cuma dalam pada belek-belek laman sosial mereka, ternampak satu perkongsian video menunjukkan Zira sedang menikmati minuman.

Cuma pelik sebab dia tidak bertudung, sebaliknya dalam video berkenaan dia hanya memakai topi berwarna hitam, sekali gus menunjukkan rambut panjangnya yang keperangan.

Belek semula gambar dan video terdahulu nampak elok dan cantik sahaja gaya ibu tiga anak yang mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu itu.

Mungkin Zira ada sebab tersendiri ketika berkongsi video tanpa tudung itu dan sebagai peminat kita memang suka tengok dia berhijab, lebih manis.

Sumber: Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES