Saturday, October 31, 2026
HomeHIBURANTerus ‘Cucuk’ Rekod Blood Brothers, EATM2 Raih Kutipan RM40.6 Juta

Terus ‘Cucuk’ Rekod Blood Brothers, EATM2 Raih Kutipan RM40.6 Juta

PETALING JAYA – Terus cemerlang, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) menjadi filem animasi pilihan ramai apabila meraih kutipan RM40.6 juta dalam tempoh 13 hari tayangan di pawagam.

Angka tersebut memecahkan rekod kutipan naskhah pertama Ejen Ali pada 2019, sekali gus meletakkan EATM2 sebagai filem animasi tempatan paling laris sepanjang zaman.

Lebih istimewa apabila naskhah ini turut mengatasi kutipan beberapa filem antarabangsa yang ditayangkan di pawagam tempatan sepanjang Mei termasuk Thunderbolts, Mission: Impossible dan Lilo & Stitch.

Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation yang juga pengarah EATM2, Usamah Zaid Yasin, bersyukur apabila filem berkenaan mendapat sokongan padu penonton daripada pelbagai peringkat usia.

“Kami hasilkan sekuel ini dengan sepenuh hati demi memenuhi jangkaan peminat setia yang lama menanti misi Ejen Ali, bukan sekadar membawa animasi Malaysia setaraf dengan naskhah antarabangsa.

“Reaksi penonton, air mata, tawa dan tepukan di pawagam, itu semua hadiah paling berharga buat kami dan jadi semangat untuk kami terus mengembangkan dunia penceritaan Ejen Ali,” katanya.

Setakat ini, lebih dua juta penonton dilaporkan sudah ke pawagam untuk menonton filem animasi berkisar ejen perisikan remaja terbitan Wau Animation dengan kerjasama Primeworks Studios (PWS) itu.

EATM2 mengekori rapat rekod filem terlaris Malaysia 2025 iaitu Blood Brothers: Bara Naga juga terbitan Primeworks Studios yang berjaya mencatat kutipan RM76 juta dalam tempoh 33 hari tayangan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES