Wednesday, April 29, 2026
HomeHIBURANTak Dapat Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa, Hafidz Roshdi Dakwa Dihalang Jumpa Anak

Tak Dapat Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa, Hafidz Roshdi Dakwa Dihalang Jumpa Anak

Pelakon, Hafidz Roshdi menyorot perhatian apabila mendakwa bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, menghalangnya daripada berhubung serta berjumpa dengan dua anak mereka.

Menerusi Instagram Story (IGs), Hafidz turut mendakwa dia sudah pun mendapat hak daripada mahkamah. Justeru berharap peluangnya untuk berjumpa dengan anak-anak tidak dihalang.

“Awak ada masalah dengan saya jangan
libatkan anak-anak. Anak perlu father figure dia juga dan saya dah dapat hak dari mahkamah,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, bekas peserta program Hero Remaja ini turut menzahirkan kata maaf atas segala kekurangan serta kekhilafan yang telah dilakukan sepanjang perkahwinannya bersama Shuhada.

Ujar Hafidz, dia tidak mahu bermusuhan dengan Shu sebaliknya hanya mahu bertemu dengan dua anaknya setelah sekian lama tak berjumpa.

“Saya minta maaf atas apa dah jadi pasal benda lepas, dari segi kewangan ke emosi ke atau lain-lain yang saya terlepas pandang.

“Saya tak nak bermusuh dengan awak saya nak hak lawat jumpa Humairah dan Umar saja. Saya dah minta maaf, dah lepas tanggungjawab saya,” tulisnya lagi.

Justeru, Hafidz berharap Shuhada tidak menghalanh niat baiknya yang mahu mengambil tahu mengenai perkembangan anak-anak mereka.

“Sekarang ini jangan libatkan Umar dan Humairah. Luka dihati awak tu Allah je boleh rawat.

“Saya nak jumpa Umar dan Humairah, nak jalankan tanggungjawab sebagai abah mereka. Jangan sekat atau halang saya nak call tanya khabar perkembangan dia. Sila bagi no telefon latest Humairah,” ujarnya.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang respons diberikan Shuhada berhubung posting hantaran Hafidz itu.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Instastory Hafidz Roshdi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bayi Maut Di Rumah Pengasuh, Suami Isteri Tuntut Pembelaan

0
ARAU – Sepasang suami isteri dari Taman Sri Wang Fasa 1, di sini menuntut pembelaan selepas bayi perempuan mereka berusia lapan bulan meninggal dunia...

CATEGORIES