Sunday, December 14, 2025
HomeHIBURANSyafie Naswip Sah Bergelar Suami Kepada Nur Afiqah

Syafie Naswip Sah Bergelar Suami Kepada Nur Afiqah

PUTRAJAYA – Dengan sekali lafaz, pelakon Syafie Naswip selamat bergelar suami kepada seorang wanita bernama Nur Afiqah Ishak selepas melangsungkan majlis pernikahan sekitar pukul 11.04 pagi tadi di Dewan Wilqadry, Putrajaya.

Berdasarkan laporan Kosmo, majlis akad nikah tersebut telah disiarkan secara langsung (Live) menerusi akaun Instagram milik pelakon tersebut sebentar tadi.

Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Syafie atau nama lengkapnya Muhammad Syafie Naswip, 31, telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung kepada pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Selepas selesai majlis akad tersebut, pelakon yang popular menerusi filem Mukhsin itu dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika membaca taklik, iaitu perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan seperti mana diperuntukkan dalam Akta,Enakmen atau Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri.

Segak mengenakan persalinan baju Melayu dan kurung putih, kedua-dua pasangan mempelai sama cantik, sama pada itu dilihat tersenyum tanda syukur selepas sah bergelar suami isteri.

Melalui tinjauan Kosmo, menerusi ruangan komen dalam Live yang ditonton lebih daripada 1,500 pengikutnya dalam Instagram, ramai peminat pelakon itu telah meninggalkan ucapan tahniah atas pernikahannya dengan Nur Atiqah.

“Alhamdulillah. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Syukur alhamdulillah. Semoga kekal hingga ke syurga,” kata seorang lagi netizen.’

Difahamkan isteri kepada Syafie iaitu Nur Afiqah merupakan seorang pelakon dan juga model, berdasarkan komen yang ditinggalkan oleh pengikut suaminya dalam Instagram.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahkamah Rayuan Betul Ketika Membebaskan Syed Saddiq – Peguam

0
PUTRAJAYA – Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhujah, Mahkamah Rayuan terdahulu telah membuat keputusan betul dalam membebaskan Syed Saddiq...

CATEGORIES