Tuesday, January 13, 2026
HomeHIBURANShuhada Terkejut, Enggan Ambil Peduli Pernikahan Hafidz Dan Athira

Shuhada Terkejut, Enggan Ambil Peduli Pernikahan Hafidz Dan Athira

PETALING JAYA – “Saya tak tahu, malas nak peduli”.

Melalui tinjauan Kosmo, demikian respons bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengulas mengenai rancangan pernikahan bekas suaminya dengan wanita yang pernah dilaporkan punca kehancuran kehancuran hubungan mereka sebelum ini.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga mengakui terkejut dan tidak menyedari kisah penularan kad jemputan yang menyebut 16 Disember ini sebagai tarikh penyatuan Hafidz dan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

“Saya memang tidak tahu mengenai itu (berita perkahwinan) dan memang enggan ambil kisah.

“Saya lebih sibuk dengan kehidupan sendiri dan menguruskan anak-anak.

“Apa pun saya sangat gembira dan berseronok dengan kehidupan kini. Alhamdulillah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Shuhada atau lebih mesra dipanggil Shu turut mengakui sudah lama tidak mengetahui sebarang perkembangan terbaharu bekas suaminya itu.

Terdahulu, pelakon drama Ku Punya Hati itu heboh diperkatakan akan zaman duda dengan Athira, wanita yang disebut-sebut sebagai orang ketiga dalam hubungannya selain Shuhada.

Menurut Kosmo, melalui proses perceraian yang memancing perhatian ramai, akhirnya rumah tangga Shuhada dan Hafidz yang dibina sejak 30 April 2016 menemui noktah apabila disahkan bercerai talak satu pada 26 Julai lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES