Wednesday, June 24, 2026
HomeHIBURANSeminggu Tayangan Di Pawagam , Blood Brothers Kutip Hampir RM30 Juta

Seminggu Tayangan Di Pawagam , Blood Brothers Kutip Hampir RM30 Juta

KUALA LUMPUR – Filem aksi tempatan Blood Brothers: Bara Naga mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mencatat kutipan pembukaan tertinggi tahun ini dengan jumlah RM29.9 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan termasuk sesi tayangan awal.

Kejayaan luar jangka ini meletakkan Blood Brothers sebagai filem tempatan paling laris bagi tahun 2025 setakat ini.

Naskhah berkenaan dilabelkan rata-rata pengkritik filem sebagai sebuah karya berkualiti antarabangsa membariskan pelakon Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su dan Amelia Henderson.

Perkara itu dikongsikan orang kuat Skop Productions, Datuk Yusof Haslam yang mengakui bersyukur kerana dapat sambutan luar biasa daripada penonton.

“Alhamdulillah kami dapat sokongan padu ramai malah ada yang maklumkan menonton filem ini lebih daripada sekali selain datang beramai-ramai,” katanya.

Jalan cerita yang penuh dengan aksi dan emosi daripada barisan pelakon hebat juga menjadi faktor utama filem arahan Syafiq Yusof dan Abilash Chandra itu mendapat kutipan yang luar biasa sejak hari pertama tayangan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES