Tuesday, September 22, 2026
HomeHIBURAN'Saya Tidak Menutup Pintu Hati, Cuma Ikut Apa Yang Diaturkan Oleh Allah'

‘Saya Tidak Menutup Pintu Hati, Cuma Ikut Apa Yang Diaturkan Oleh Allah’

KUALA LUMPUR – Selepas melalui perceraian , penyanyi Zizi Kirana mengakui masih terbuka untuk mengenali insan baharu,namun menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

Zizi atau nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil, 41, berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara yang belum pasti, sebaliknya, percaya setiap insan yang hadir dan pergi dalam hidupnya mempunyai hikmah tersendiri.

“Saya tidak menolak apa-apa yang datang dan tidak menutup pintu hati. Itu (jodoh) adalah perkara yang baik, malah Allah yang mengatur semuanya.

“Saya cuma mengikut apa yang diaturkan-Nya. Kalau perkara itu mendatangkan kebaikan, insya-Allah,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran single Yang Tinggal di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Berkongsi mengenai kehidupannya ketika ini, Zizi berkata, dia masih dalam fasa berdamai dengan takdir selain belajar menerima segala ketentuan Allah terhadap dirinya.

“Kalau hendak kata berdamai dengan takdir, sejak dua tahun lalu saya sudah belajar melalui fasa ‘healing’ (mengubati hati).

“Itu adalah fasa saya menerima semua keadaan yang berlaku,” katanya.

Bagi mengubati luka di hati, Zizi berkata, dia banyak meluangkan masa menyertai misi kemanusiaan yang sedikit sebanyak mengubah cara dirinya melihat kehidupan.

“Apabila Allah izinkan saya pergi misi kemanusiaan, saya ambil segala kebaikan yang Allah berikan kepada saya untuk melangkah ke hadapan.

“Mungkin orang nampak proses ‘healing’ itu berlaku sekarang, tetapi sebenarnya saya sudah melalui fasa itu selama dua tahun dan sepanjang tempoh itu, ia diisi dengan misi kemanusiaan,” katanya.

Zizi berkata, kini dia lebih menghargai kehidupan yang dilalui selain mahu memberikan perhatian kepada diri sendiri, keluarga dan mereka yang sentiasa berada di belakangnya.

“Saya lebih fokus kepada diri sendiri, keluarga dan orang yang sentiasa mendoakan saya.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan dan semuanya sudah selesai. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.

Zizi sah bercerai talak satu secara rajie dengan pelakon, Yusuf Bahrin, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam pada 2 April lalu.

Pasangan itu bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES