Monday, September 14, 2026
HomeHIBURAN‘Rumah Saya Hampir Terbakar Akibat Kebakaran Hutan’ - Ben Ali

‘Rumah Saya Hampir Terbakar Akibat Kebakaran Hutan’ – Ben Ali

PETALING JAYA – Bagai telur di hujung tanduk, pelakon Ben Amir berdepan detik cemas apabila kebakaran hutan yang berlaku di Pulau Siargao, Filipina hampir merebak ke sekitar kediamannya.

Ujar Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 36, keadaan menjadi sangat menakutkan apabila kebakaran di kawasan berhampiran kediamannya itu merebak pantas akibat tiupan angin kuat sehingga persekitaran dilitupi asap tebal.

“Ketika itu saya sedang berehat di rumah sebelum tiba-tiba terhidu bau asap sangat kuat. Rupa-rupanya berlaku kebakaran hutan di kawasan tanah bersebelahan rumah saya.

“Disebabkan angin bertiup sangat kuat, api mula merebak dengan pantas. Seluruh kawasan tiba-tiba dipenuhi asap dan secara jujurnya, keadaan itu memang sangat menakutkan,” katanya dalam Instagram.

Terlepas daripada musibah, pelakon filem Rebel itu berkata, kejadian tersebut tetap meninggalkan memberi kesan emosi kepadanya sekeluarga kerana keadaan api serta asap pada ketika itu boleh mengundang risiko lebih besar.

“Syukur, kami semua selamat dan rumah masih dalam keadaan baik. Namun, kejadian itu benar-benar mengejutkan serta membuatkan kami sedar betapa pantas sesuatu perkara boleh berubah.

“Saya sangat menghargai dan berterima kasih kepada semua pihak tampil membantu, memeriksa keadaan jiran serta berusaha mengawal kebakaran supaya tidak terus merebak,” ujarnya.

Paling penting, Ben bersyukur kerana kejadian berkenaan tidak berakhir dengan tragedi lebih buruk, selain mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengutamakan keselamatan.

“Perkara ini sebenarnya boleh berakhir dengan keadaan jauh lebih buruk. Saya sangat bersyukur kerana kami semua selamat, rumah masih berdiri dan kami masih diberi peluang untuk bangun pada keesokan hari.

“Terima kasih kepada semua pihak membantu. Saya harap semua orang sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing,” jelasnya.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa lega selepas mengetahui Ben serta keluarganya berada dalam keadaan selamat, selain mendoakan kediaman mereka terus dilindungi daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Ada juga pengikutnya berkongsi pengalaman berdepan kebakaran serta mengingatkan penduduk di kawasan berisiko supaya sentiasa peka terhadap perubahan cuaca, arah angin dan keadaan sekeliling.

Untuk rekod, Ben mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya berasal dari Filipina, Liana Alara atau nama asalnya Maiya dan mengambil keputusan berhijrah dan menetap di Pulau Siargao, Filipina sejak awal 2025.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gunung Semeru Meletus Tiga Kali, Abu Cecah 1,000 meter

0
JAKARTA - Gunung Semeru di Jawa Timur dilaporkan meletus tiga kali pagi ini dengan memuntahkan abu setinggi 1,000 meter dari puncaknya, menurut pihak berkuasa...

CATEGORIES