Monday, June 22, 2026
HomeHIBURANRaih RM26.6 Juta, Papa Zola The Movie Atasi Avatar, Zootopia 2

Raih RM26.6 Juta, Papa Zola The Movie Atasi Avatar, Zootopia 2

PETALING JAYA – Bakal menutup tirai 2025 dengan bergaya, filem animasi Papa Zola The Movieterus meraih sambutan apabila mengaut kutipan sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.

Fenomena ‘demam kebenaran’ itu kini berada di tangga teratas carta Top 10 GSC, sekali gus meninggal jauh filem antarabangsa Avatar: Fire And Ash, Zootopia 2 dan Five Nights At Freddy’s 2.

Pengarah Papa Zola The Movie, Nizam Abdul Razak berkata, musim cuti persekolahan antara faktor pemangkin yang membawa penonton datang ke pawagam bersama keluarga.

“Kami bersyukur apabila Papa Zola The Movie dipilih sebagai antara aktiviti percutian keluarga di pawagam. Lebih bermakna, sambutan hangat ini juga
adalah daripada perkongsian pengalaman penonton sendiri.

“Fenomena ‘demam kebenaran’ ini membuktikan sokongan organik terhadap filem lokal mampu menarik lebih ramai penonton menghargai dan menyokong karya anak tempatan,” katanya.

Papa Zola The Movie mengisahkan kegigihan seorang bapa yang bekerja keras demi menyara keluarga kecilnya.

Tanpa disangka, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya di organisasi rahsia dikenali sebagai P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).

Keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi diculik makhluk asing membuatkan Papa Zola bersama isterinya, Mama Zila bertindak pantas.

Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ia juga dijadualkan ke pasaran antarabangsa Januari depan bermula dengan Indonesia, diikuti India, Vietnam selain ke Timur Tengah merangkumi Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turkiye pada April 2026.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Anggrek Juara TTMM2, Tundukkan Hussain, Azeva

0
SHAH ALAM – Mencipta kejutan, peserta termuda, Anggrek yang baru berusia sembilan tahun bersama ibunya selaku pengurus, Adira  dinobatkan sebagai juara pertandingan realiti Talk...

CATEGORIES