Monday, April 28, 2025
HomeHIBURANPeminat Terkejut, Hajah Nelydia Sudah Tidak Lagi Bertudung

Peminat Terkejut, Hajah Nelydia Sudah Tidak Lagi Bertudung

PETALING JAYA – Pelakon Nelydia Senrose menjadi bualan peminat apabila dikatakan sudah tidak lagi bertudung.

Perkara tersebut dibangkitkan selepas Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen menukar gambar profil Instagram dirinya tidak lagi manis bertudung seperti sebelum ini.

Berdasarkan pemerhatian, tetapan gambar profil Nelydia, 29, jelas memperlihatkan rambutnya berwarna perang duduk di atas katil dengan busana berona hitam gelap.

Beberapa minggu lalu, Nelydia sekadar mengenakan topi ketika bercuti bersama saudara terdekat dan beberapa rakan wanita di Bangkok, Thailand.

Perkongsian terbabit mengundang persoalan dalam kalangan peminat berhubung penampilannya yang begitu santai.

Menerusi satu muat naik sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose dalam Instagram, kelihatan beberapa keping gambar Nelydia yang sekadar bertopi termasuk di hadapan pintu bilik dipercayai tempat penginapan mereka.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung sama ada dia tidak lagi bertudung bagaimanapun menemui kegagalan apabila panggilan telefon dimatikan.

Adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu mula bertudung sejak 2022. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tengok Nabil, Azad Gembira Bina Keluarga, Bila Giliran Saya’

0
KUALA LUMPUR – Pernah menangguhkan perkahwinan dua tahun lalu, penyampai radio, Radin hanya memohon doa ramai untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya, Azlina Idris. Berkongsi...

CATEGORIES