Monday, March 16, 2026
HomeHIBURAN‘Paling Mengidam Masa Hamil, Saya Nak Jalani Penggambaran’ - Eyka Farhana

‘Paling Mengidam Masa Hamil, Saya Nak Jalani Penggambaran’ – Eyka Farhana

PETALING JAYA – “Kalau orang tanya apa yang paling mengidam masa hamil, saya nak menjalani penggambaran, seronoknya kembali ke set!”

Demikian perkongsian pelakon Eyka Farhana yang memaklumkan mengidam untuk kembali ke set penggambaran sepanjang tempoh kehamilannya.

Pada masa sama, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, meluahkan rasa syukur apabila anak dalam kandungan seolah-olah memahami kerjaya ibunya sebagai pelakon dengan memberikan tenaga luar biasa.

“Bagusnya anak mama, setakat ini awak berkelakuan baik dan bagi mama tenaga penuh untuk penggambaran,

“Mungkin sebab awak mengidam sangat nak tengok mama kembali ke set masa mengandung ini kan?

“Alhamdulillah, mama tak penat dan tak mengantuk sangat. Kalau tidak, asyik nak tidur saja kalau duduk di rumah,” katanya dalam InstaStory.

Sebelum ini, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid itu berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu tidak berkongsi secara terperinci mengenai kehamilannya.

Untuk rekod, Eyka sah bergelar isteri kepada Akhyar pada 2 Mei 2024 dalam sebuah majlis tertutup.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konflik Di Asia Barat Semakin Tegang, Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

0
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di...

CATEGORIES