Wednesday, June 18, 2025
HomeHIBURAN'Nak Pakai Apa, Pakailah. Tapi Agak-Agaklah' - Tegur Kak KM Supaya Anak...

‘Nak Pakai Apa, Pakailah. Tapi Agak-Agaklah’ – Tegur Kak KM Supaya Anak Jangan Seksi Sangat

PETALING JAYA: Usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM memaklumkan tetap mengambil peduli soal berpakaian dan penampilan anak-anaknya lebih-lebih lagi dua anak perempuannya, Nabila dan Rania.

Kata anak kepada aktres Normah Damanhuri itu, meskipun berimej seksi, dia masih faham akan had dan batasan yang perlu dijelaskan kepada anak-anaknya agar tidak keterlaluan dalam berpakaian.

“Saya selalu pesan kepada mereka, nak pakai apa, pakailah. Tapi, agak-agaklah. Pandang sedikit cermin itu.

“Kalau terlampau terdedah, tutup sedikit. Kalau pendek sangat (skirt), tutup juga. Tapi saya tak boleh nak terlalu marah mereka sebab saya juga pernah muda, badan pernah cantik dan berpakaian seksi.

“Tapi saya tak pernah tinggal nasihat, suruh mereka jaga nama saya sebab masyarakat kenal mereka sebab saya. Saya tak mahu orang bercakap, mak begitu patutlah anak begini,” katanya.

Dalam pada itu, Liana juga mengakui tegas dalam mendidik dan tidak sesekali membiarkan anak-anaknya keluar tanpa pengawasa, kongsi Utusan.

“Sampai hari ini saya tak benarkan mereka keluar sendiri. Kalau mereka ke mana-mana, mesti berteman, dengan saya atau adik beradik.

“Rania pula saya tak benarkan langsung keluar sendirian. Ke mana sahaja mesti dengan saya. Perkara itu memang saya beringat dan jaga,” kongsinya.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES