Saturday, June 13, 2026
HomeHIBURANMufti Saran Konsert Siti Nurhaliza Dianjak Selepas Bulan Ramadan

Mufti Saran Konsert Siti Nurhaliza Dianjak Selepas Bulan Ramadan

BELUM reda kemurungan peminat yang terlepas tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, timbul pula saranan daripada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berhubung penganjuran acara mega bertarikh 9 Mac tersebut.

Dalam kenyataannya, Wan Salim berharap penghibur tersohor itu dapat menganjakkan konsert berkenaan ke tarikh lain iaitu bukan beberapa hari menjelang 1 Ramadan yang jatuh pada 12 Mac.

Berdasarkan Kosmo, penganjuran konsert menghampiri bulan puasa disifatkan seolah-olah melakukan perbuatan yang melalaikan daripada mengingati Allah, selain tidak menghormati bulan suci itu.

Katanya lagi, umat Islam digalakkan mengambil peluang untuk menggandakan amal ibadat serta banyak melakukan kerja kebajikan.

Konsert Siti dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Menurut Kosmo, sejak dibuka untuk jualan, tiket konsert Siti kali ini habis terjual dalam tempoh kurang tiga jam, selepas dilancarkan pada 21 Disember tahun lalu.

Siti sebelum ini menyatakan konsert berkenaan sepatutnya berlangsung pada Julai 2023 tetapi terpaksa ditangguhkan sebaik mendapat tarikh baharu daripada Perbadanan Stadium Malaysia dan Axiata pada 9 Mac ini.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES