Friday, September 25, 2026
HomeHIBURANMCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam

MCMC Teliti Aduan Akaun WhatsApp Digodam

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum akan kebimbangan orang ramai berhubung akaun WhatsApp yang dilaporkan digodam, disekat atau tidak dapat diakses.

MCMC dalam kenyataannya berkata, pihaknya sedang meneliti aduan itu dan mengemukakan kes berkaitan kepada Meta untuk mendapatkan penjelasan serta tindakan sewajarnya.

“MCMC ingin menjelaskan bahawa pengambilalihan dan sekatan akaun adalah dua perkara berbeza.

“Akaun yang diambil alih pihak tidak bertanggungjawab boleh disalahgunakan untuk tujuan penipuan, spam atau aktiviti yang melanggar syarat WhatsApp seterusnya menyebabkan akaun tersebut disekat oleh platform,” katanya dalam kenyatan di sini hari ini.

Susulan itu, pengguna yang terjejas dinasihatkan supaya menggunakan saluran rasmi WhatsApp untuk pemulihan atau semakan akaun.

“Pengguna juga diminta supaya tidak berkongsi kod pengesahan atau PIN keselamatan, mengaktifkan ciri Two-Step Verification serta mengelakkan pautan atau aplikasi mencurigakan.

“MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pihak yang menawarkan perkhidmatan pemulihan akaun yang meminta wang, maklumat peribadi atau kod pengesahan,” katanya.

Tambah MCMC, sekiranya masalah masih tidak dapat diselesaikan melalui saluran rasmi WhatsApp, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada suruhanjaya tersebut untuk tindakan lanjut dan mengemukakan kes kepada Meta.

“MCMC akan terus memantau perkara ini dan mendapatkan kerjasama platform bagi melindungi kepentingan pengguna di negara ini,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Village Park Lancar Empat Produk Ikonik Sedia Dimakan di MIHAS

0
KUALA LUMPUR – Restoran Village Park yang terkenal dengan hidangan Nasi Lemak Ayam Goreng hari ini melancarkan empat produk makanan sedia dimakan pada Pameran...

CATEGORIES