Friday, September 25, 2026
HomeHIBURANAleza Shadan Minta Izin Suami Lakon Babak Berendam Kolam

Aleza Shadan Minta Izin Suami Lakon Babak Berendam Kolam

KUALA LUMPUR – Demi menghormati permintaan pengarah, pelakon Aleza Shadan, 51, terlebih dahulu berbincang dan meminta izin suaminya sebelumnya melakonkan babak berendan di dalam kolam menerusi filem Bisikan Nafsu.

Aleeza berkata, dia mulanya enggan melakonkan babak berkenaan kerana kurang selesa, namun mengambil positif atas dasar kerja dan menghormati pemintaan daripada pengarah, Riza Baharudin.

“Saya sebenarnya tak nak buat (babak berendam dalam kolam), tetapi pengarah minta. Jadi, saya cuba ikutkan permintaan itu sebagai menghormati apa yang diinginkan oleh pengarah.

“Malu sebab anak-anak saya sudah besar. Malah, saya pun tak nak terkait dengan kontroversi. Awak ingat saya suka ke, dengan umur macam ini masuk ‘swimming pool’?

“Sebab, saya pun kalau berlakon drama tak pernah masuk ‘swimming pool’. Pakaian pun saya tak ada pakai seksi. Tetapi, kali ini sekadar hormati pemintaan pengarah. Itu sahaja,” katanya kepada Harian Metro.

Aleeza ditemui selepas tayangan gala filem Bisikan Nafsu berkata, babak berendam dalam kolam itu juga perlu dibuat kerana ada hubung kait dengan jalan cerita.

“Kalau ikutkan ini pertama kali saya melakonkan babak berendam dalam kolam. Dulu-dulu masa masih muda dan mula berlakon, pernahlah saya ambil gambar fotogafi dalam kolam untuk majalah hiburan.

“Cuma, saya tegaskan babak berendam dalam kolam yang saya buat itu bukan untuk mencipta kontroversi. Bagaimanapun, saya sudah jelaskan kepada suami dan anak-anak.

“Saya cakap kepada mereka, cerita ini ada sedikit tidak baik yang maksudnya watak saya bawakan itu, adakah okay awak terima? Jadi, saya dibenarkan asal jangan sampai mengaibkan diri sendiri,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Village Park Lancar Empat Produk Ikonik Sedia Dimakan di MIHAS

0
KUALA LUMPUR – Restoran Village Park yang terkenal dengan hidangan Nasi Lemak Ayam Goreng hari ini melancarkan empat produk makanan sedia dimakan pada Pameran...

CATEGORIES