Monday, May 25, 2026
HomeHIBURANMawar Rashid Tampil Tidak Berhijab

Mawar Rashid Tampil Tidak Berhijab

PETALING JAYA – Selepas tiga tahun membuat keputusan untuk berhijab, pelakon Mawar Rashid membuat kejutan apabila berkongsi foto dalam keadaan tidak lagi menutup aurat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, pelakon berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkongsi dua keping foto dalam keadaan tidak berhijab dan menutup ruangan komen.

“Saya cuba tetapi saya gagal. Saya minta maaf,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, dalam InstaStory miliknya pula, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, memaklumkan dia ingin berehat seketika dan akan kembali semula apabila dia sudah bersedia.

“Selamat tinggal dunia. Akan kembali apabila sudah bersedia dari segi mental. Sentiasa sayang korang,” ujarnya.

Berdasarkan Kosmo, terdahulu Mawar memaklumkan dirinya terbuka hati ingin menutup aurat sepenuhnya pada Ogos 2020 selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.

Katanya ketika itu dia telah lama menyimpan impian untuk memakai tudung namun hatinya yang berbolak balik membuatkan dia sentiasa menangguhkan hasrat tersebut.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES