Monday, May 25, 2026
HomeHIBURANKesal Ciapan Disalah Erti, Atikah Suhaime Mohon Maaf

Kesal Ciapan Disalah Erti, Atikah Suhaime Mohon Maaf

PETALING JAYA – Pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa terkilan dan memohon maaf berikutan hantaran dalam media sosialnya menimbulkan salah faham ramai.

Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 34, berkata, sebagai individu yang tidak mempunyai ramai kawan, dia menggunakan media sosial sebagai medium berkongsi ilmu dengan pengikut.

“Sejujurnya, saya kesal dengan segelintir pihak yang buat andaian lain atau pandang negatif terhadap hantaran yang saya buat sebelum ini.

“Saya mohon maaf atas ciapan yang dimuat naik beberapa hari lalu dan akan lebih berhati-hati selepas ini dalam hal berkaitan agama.

“Mengenai hantaran saya berasa sayu setiap kali Aidiladha menjelang kerana kasihan memikirkan haiwan yang sudah dibela sejak dari kecil,” katanya.

Tambahnya, dia akan lebih berwaspada membicarakan persoalan agama  yang boleh mencetuskan isu lain.

“Apabila saya berkongsi pendapat dalam media sosial, ianya boleh diolah semula oleh pihak yang tertentu.

“Ada juga yang mengeluarkan kenyataan mengatakan saya mempersoalkan hal agama walhal saya tidak berkata apa-apa,” katanya lagi.

Sebelum ini, Atikah Suhaime menyuarakan pandangan mengorbankan haiwan yang dipelihara sejak kecil sebagai tindakan kejam dan mendakwa banyak pihak tersalah anggap dengan kenyataannya itu.

Sumber –  KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Rakyat Malaysia Terkorban Dalam Tragedi Bangunan Runtuh Di Filipina

0
MANILA – Seorang rakyat Malaysia terkorban dalam satu kejadian runtuhan sebuah hotel setelah sebuah bangunan berdekatan dengannya yang sedang dalam pembinaan runtuh. Kejadian berlaku di...

CATEGORIES