Wednesday, April 22, 2026
HomeHIBURAN‘Kau Hati Binatang Ke? Duit Zakat Pun Nak Sakau’ - Aliff...

‘Kau Hati Binatang Ke? Duit Zakat Pun Nak Sakau’ – Aliff Syukri

PETALING JAYA – Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri kecewa dengan beberapa individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah RM230 juta.

Merupakan antara penyumbang zakat perniagaan tertinggi Lembaga Zakat Selangor (LZS) selama beberapa tahun, Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata, individu yang terlibat disifatkan tidak berperikemanusiaan kerana mengambil hak yang sepatutnya dimiliki golongan susah.

“Kau punya hati ini apa ya? Hati binatang atau hati apa? Tengok, duit zakat pun nak sakau.

“Kau tahu tak duit itu untuk fakir miskin, ibu tunggal dan pelajar. Kau sakau apa hal?

“Fikir. Patutnya dapat untuk orang miskin, lepas itu orang duk merayu-rayu minta zakat tak dapat-dapat, kaulah puncanya,” katanya dalam sebuah video.

Tambah Aliff, penyelewengan tersebut menjejaskan keyakinan orang ramai untuk membayar zakat pada masa akan datang.

“Lepas itu, tak fasal-fasal yang mencurinya seorang tetapi semua zakat lain pula terpalit.

“Orang jadi takut nak bagi zakat kepada pusat zakat,” ujarnya.

Sebagai pembayar zakat, dia terkilan melihat kes tersebut ditambah pula dia yang sentiasa bekerja keras meraih pendapatan bagi menyalurkan untuk tabung zakat.

“Saya ini berniaga siang malam, pagi petang, niat nak bantu orang beri zakat.

“Dosa besar tau. Saya ini jual beg dan macam-macam produk demi misi nak beri zakat kepada orang sebanyak yang mungkin tetapi kau tukang sakau. Apa perasaan kami?” jelasnya.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah NGO kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah RM230 juta.

SPRM turut membekukan sebanyak 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta.

Dua individu yang terlibat direman selama empat hari bagi membantu siasatan

Sementara, Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) dalam satu kenyataan menegaskan tidak mempunyai kaitan dengan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat pihak berkuasa.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Bangga Dengan Kejayaan Shila, Usaha Kerasnya Berbaloi’

0
KUALA LUMPUR – Usaha keras berbaloi, penyanyi Datuk ND Lala meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anak sulungnya, Shila Amzah yang terus meledak di China...

CATEGORIES