Wednesday, September 23, 2026
HomeHIBURAN‘Kalau Tak Suka Saya Takpa, Banyak Lagi Ikan Di Laut’

‘Kalau Tak Suka Saya Takpa, Banyak Lagi Ikan Di Laut’

KUALA LUMPUR – Meski dikatakan sudah lali dengan kecaman, penyanyi Nabila Razali mengakui kurang senang menerima komen netizen yang menyentuh sensitiviti keluarganya.

Menurut Nabila, 34, komen yang melibatkan ahli keluarga tidak sepatutnya dicetuskan peminat kerana perkara itu tidak mempunyai kaitan dengan kerjaya seninya.

“Antara komen netizen yang melekat dalam kepala seperti ‘mak bapa dia ini tak malu ke ada anak macam ini?’

“Lepas itu ada juga yang cakap, ‘suami dia mesti kena tahan telinga.’

“Benda-benda macam itu tak patut dikaitkan. Kalau benda yang boleh menjatuhkan maruah keluarga, saya tak berapa suka,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media single terbaharunya, Cukup Sampai Sini di sini, semalam.

Disebabkan komen sedemikian, Nabila mengakui memilih untuk membalas komen netizen sebagai langkah mempertahankan maruah keluarganya.

“Selalunya kalau benda-benda macam itu baru saya akan balas komen. Kalau setakat kecaman biasa, saya okey dan hanya tergelak bila baca.

“Saya jenis jarang melenting tetapi kalau ada, mesti sebab netizen sebut benda-benda yang saya tak gemar,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Nabila tidak menolak kemungkinan wujud individu yang mengkritiknya di media sosial, namun tetap menikmati karya-karyanya.

“Saya selalu pegang, kalau penyanyi nombor satu negara pun ada ‘haters’, apatah lagi Nabila Razali.

“Dalam pada kita membenci seseorang itu mesti ada satu benda yang kita suka. Mungkin salah satu benda dia suka lagu-lagu saya.

“Kalau suka alhamdulillah, kalau tak suka tak apa. Ada banyak lagi ikan di laut,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Cukup Sampai Sini yang mengangkat mesej mengenai nilai diri, menetapkan batas dan keberanian memilih diri sendiri.

Lebih istimewa, lagu tersebut turut menyaksikan Nabila melangkah setapak ke hadapan dalam perjalanan kreatif apabila terbabit sebagai pencipta lagu bersama Justin Seow Seng Tack, selain menulis sendiri keseluruhan lirik karya berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Meta Sekat Lebih 3.7 Juta Akaun ‘Scammer’

0
SINGAPURA – Syarikat gergasi media sosial, Meta telah menyekat lebih daripada 3.7 juta akaun, halaman, dan kandungan lain yang berkaitan dengan penipuan (scam)  tahun...

CATEGORIES