Sunday, November 1, 2026
HomeHIBURANJenazah Anak Ayu Raudhah, Zaquan Adha Selamat Dikebumikan

Jenazah Anak Ayu Raudhah, Zaquan Adha Selamat Dikebumikan

PETALING JAYA – Jenazah anak bongsu pelakon Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak selamat dikebumikan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha yang berusia enam bulan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Semalam, Zaquan berkongsi berita duka dalam Instagramnya selain memohon orang ramai dapat mendoakan dia dan isteri kuat menghadapi kehilangan tersebut.

Bagaimanapun, atlet berusia 37 tahun itu tidak mendedahkan punca sebenar kematian putera itu.

Difahamkan, jenazah Muhammad Aisy yang meninggal dunia ketika tidur masih berada di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.

Terdahulu, Muhammad Aisy selamat dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu.

Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann,11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia setahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES