Friday, October 9, 2026
HomeHIBURAN‘Jadi Hang Tuah Macam Pikul Batu Jemala Besar’ - Aqasha

‘Jadi Hang Tuah Macam Pikul Batu Jemala Besar’ – Aqasha

PETALING JAYA – Aktor Aqasha mengakui tanggungjawab menghidupkan watak Hang Tuah dalam sebuah karya epik Puteri Gunung Ledang The Muzikal (PGLM) watak paling berat yang pernah dijayakan sebagai anak seni sejak lebih 20 tahun lalu.

Bukan satu tugas mudah , tambahan pula katanya gambaran sempurna figura legenda itu sudah ada jangkaan tinggi di jiwa khalayak.

Menurut Aqasha, 42, watak itu sendiri sudah amanah yang menuntut pengorbanan daripadanya dari awal latihan sehingga akhir pementasan kelak.

“Saya tak nafikan, mempersembahkan sesebuah watak seperti Hang Tuah merupakan satu tugas yang berat untuk seorang pelakon. Saya rasa macam ada batu jemala besar duduk atas bahu ini.

“Tapi saya terima jangkaan ramai itu dengan positif, Saya tahu, sesiapa yang datang tengok karya epik ini, pasti mahu tengok seorang Hang Tuah yang kaya budi bahasa, segak, tangkas dan menjaga pekerti.

“Sebenarnya banyak juga benda yang saya kena fikir dan perlu usaha mencari semua itu demi menghidupkan seorang Hang Tuah ini,” ujarnya yang berasakan Hang Tuah sebagai hero sejati yang penuh kesempurnaan.

Berkongsi lanjut, Aqasha memberitahu karakter tersebut perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada dirinya selepas berbulan-bulan menjalani latihan.

“Saya cuma boleh cakap mungkin Hang Tuah itu baru 60-70 peratus dalam diri saya.

“Seperti saya cakap. proses mengenali satu karakter itu tak habis-habis.

“Sebab setiap watak dilihat daripada pelbagai sudut dan akan ada ruang perspektif yang berbeza. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik,”ujarnya yang pernah melakonkan ‘understudy’ watak Hang Tuah dalam PGLM sekitar 20 tahun lalu.

Semakin sebati, dia berkata karakter sopan dan penuh beradab dimiliki Hang Tuah sedikit sebanyak terbawa-bawa dalam kehidupan seharian termasuk cara bertutur dan pergerakannya.

“Kalau seorang Hang Tuah tu kalau nak berjalan, dia tak boleh terus melakukannya sebaliknya perlu dilakukan minta izin dan buat secara beradab. Barulah nampak Melayu.

“Kalau dulu waktu rehat, saya akan jerit ‘kita pergi break’ tetapi sekarang ‘kita pergi makan’. Semuanya memang automatik ada dalam diri sebab kita tak nak mengecewakan orang yang melihat Hang Tuah itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia turut mengalami kecederaan kecil sepanjang menjalani latihan namun menganggapnua sebagai pengorbanan yang perlu dilalui oleh seorang pelakon.

“Pengorbanan untuk Hang Tuah sangat besar termasuk beberapa kali kaki saya cedera, terkehel dan kulit kaki koyak.

“Tapi saya seronok kerana sebab setiap hari latihan dianggap sebuah perjalanan menghidup dan mengenali Hang Tuah,” jelasnya turut turun sekitar lima kilogram sejak memulakan latihan

Selain Aqasha, PGLM yang juga arahan Puan Sri Tiara Jacquelina itu turut dibarisi Mila Mohsin dan Aisha Retno sebagai Gusti Putri, Mimi Fly dan Nadia Aqilah (Bayan), Luqman Hafidz (Sultan Melaka) serta Yusof Hashim (Gusti Adipati). Naskhah yang menjadi naskhah pembuka tirai The Grand Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square tersebut akan dipentaskan bermula 31 Oktober hingga 15 November depan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Dakwaan Saya Bercinta Dengan Pemain Biola Tak Betul’

0
KUALA LUMPUR – Penyanyi Amir Masdi menepis dakwaan menjalin hubungan cinta dengan pemain biola yang membantunya semasa membuat persembahan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40)...

CATEGORIES