Tuesday, February 10, 2026
HomeHIBURANImpian Atilia Untuk Menjadi Pensyarah Tercapai

Impian Atilia Untuk Menjadi Pensyarah Tercapai

KUALA LUMPUR: Pengalaman 40 tahun sebagai anak seni melayakkan penyanyi, Atilia Haron, 49, menjadi pensyarah di sebuah universiti swasta tempatan.

Atilia, yang ditemui baru-baru ini memaklumkan dia bersyukur kerana akhirnya impian untuk menjadi ahli akademik tercapai menerusi pelantikan berkenaan.

“Perkara ini berlaku sekitar tiga bulan lepas apabila secara rasmi saya dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar di School of Liberal Arts and Sciences dekat Taylor University Lakeside Campus, Subang Jaya.

“Menerusi pelantikan ini, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar muzik, teater serta persembahan selain Yoga dan aktiviti-aktiviti lain.

“Pelantikan ini ibarat mimpi ‘gila’ yang tak pernah saya jangkakan akan menjadi kenyataan. Alhamdulillah, selain menyanyi, mengacara, berlakon, mengajar yoga, kini saya bergelar pensyarah pula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Atilia dalam masa yang sama memaklumkan pelantikannya dibuat berdasarkan pengalaman dalam bidang seni selain latar belakang pendidikannya yang merupakan graduan dalam jurusan pengiklanan dan ekonomi.

“Saya perlu ambil peperiksaan dan menjalani penilaian selama tempoh tiga bulan sebelum layak dianugerahkan gelaran profesor oleh universiti tersebut.

“Saya bersyukur kerana pengalaman empat dekad sebagai seni akhirnya melorongkan peluang untuk menjadi tenaga pengajar,” kongsinya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Trauma, Bila Ibu Diperlakukan Begitu Anak Yang Akan Berdendam’

0
PETALING JAYA – Tragedi hitam menjadi mangsa ekploitasi fizikal yang dilalui ibunya meninggalkan trauma hebat buat pelakon, Puteri Balqis sekali gus sukar menaruh kepercayaan...

CATEGORIES