Sunday, August 2, 2026
HomeHIBURAN"I Know You Still Love Me," Fatiya Muat Naik Foto Bekas Kekasih

“I Know You Still Love Me,” Fatiya Muat Naik Foto Bekas Kekasih

PETALING JAYA – Semakin panas dan menjadi-jadi, pelakon Fatiya Latiff terus mengundang perhatian ramai apabila bertindak memuat naik fotonya bersama bekas kekasih yang juga aktor Aiman Hakim Ridza dalam Instagramnya hari ini.

Menurut Kosmo, lebih mengejutkan, pemilik nama penuh Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, itu mendakwa Aiman masih menyayanginya selepas putus cinta sekitar Disember 2015.

“I know you still love me (saya tahu awak masih mencintai saya),” katanya dalam ruangan kapsyen.

Tidak berhenti di situ, dia turut memuat naik keratan lama akhbar memaparkan temu bual Aiman yang memaklumkan masih menyayangi Fatiya selepas setahun berpisah.

Berdasarkan Kosmo, manakala ruangan kapsyen pula memperlihatkan aktres itu menyindir isteri Aiman yang juga pelakon, Zahirah MacWilson.

“Maaf ya bik (bibik),” perlinya.

Dia bagaimanapun menutup ruangan komen bagi kedua-dua hantaran Instagram tersebut.

Sejak 8 Januari lalu, Fatiya mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bibirnya.

Fatiya sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman, namun perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Syed Saddiq Gesa Audit Forensik Pelaburan Bermasalah

0
PETALING JAYA: Pihak berkuasa digesa menjalankan audit forensik terhadap 14 pelaburan Tabung Haji (TH) yang dikenal pasti bermasalah sehingga menyebabkan kemerosotan nilai aset serta...

CATEGORIES