Tuesday, October 13, 2026
HomeHIBURANEmma Maembong Wakili Negara Ke Malam Kemuncak AACA 2026

Emma Maembong Wakili Negara Ke Malam Kemuncak AACA 2026

KUALA LUMPUR – Pelakon Emma Maembong, 34, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik (National Winner – Best Actress in a Leading Role) menerusi lakonannya dalam naskhah Seadanya Kita pada Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) 2026.

Khabar gembira itu dikongsikan menerusi hantaran rasmi di Instagram AACA, semalam.

Menerusi hantaran itu, kemenangan berkenaan sekali gus melayakkan Emma untuk membawa nama Malaysia ke peringkat Grand Gala Akhir AACA yang dijadualkan berlangsung pada 3 Disember depan.

Selain Emma, terdapat beberapa pelakon dari negara lain yang turut memenangi kategori yang sama iaitu Tasma Walton (Australia), Liu Haocun (Chinese Mainland), Charmaine Sheh (Hong Kong Sar), Sobhita Dhulipala (India), Anggun (Indonesia) dan Non (Japan).

Peringkat akhir AACA dijadualkan berlangsung di Singapura pada Disember depan, manakala pemenang bagi setiap kategori dari seluruh Asia akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Zii Jia Mohon Mahkamah Halang Bapa, Kakak Urus Kewangan

0
KUALA LUMPUR -Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia, mengambil tindakan undang-undang dengan memohon injunksi interim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang bapa...

CATEGORIES