Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyorot perhatian apabila berkongsi gambar dirinya dan tunang, Bella Astillah sewaktu mereka hadir ke hari perlumbaan sukan permotoran terkenal dunia, Formula 1 (F1) yang berlangsung di Litar Sepang hujung minggu lalu.
Menerusi hantaran di Threads, Syed Saddiq telah menulis satu kapsyen yang membuatkan rata-rata wargamaya tersipu-sipu membacanya.
Ujar Syed Saddiq, impiannya untuk melihat Bella gembira tercapai selepas hasrat tunangnya itu untuk melihat F1 didepan mata ditunaikan.
“Dia (Bella) nak tengok F1, saya pula nak tengok dia gembira.
“Hari ini, kami dapat apa yang kami hajati,” kongsinya.
Sekadar info, Syed Saddiq dan Bella sah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 di ibu negara.
Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.
Pasangan ini akan d disatukan di bangunan ikonik negara dan bakal mencipta sejarah sebagai pasangan pertama yang diijabkabulkan di menara tersebut.
Lokasi pernikahan ini direalisasikan menerusi kolaborasi istimewa antara Astro dan Precinct Merdeka 118, menjadikan ikon Kuala Lumpur itu sebagai latar eksklusif untuk hari bahagia pasangan pengantin.
Majlis perkahwinan Bella dan Syed Saddiq tidak terhenti pada satu acara sahaja apabila mereka merancang untuk mengadakan beberapa majlis resepsi di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Muar, Johor dan Sabah.
Sumber: Threads





